Sunday, June 27, 2010


Harapan Itu Masih Ada


Adakah suatu bangsa yang menjadi besar ketika warganya tidak peduli dan terpecah belah


Adakah negara yang menjadi kuat ketika pemimpinnya masih bicara “aku” dan bukan “kita”


“Pemilu”(Pilihanraya) itu saudara , tidak seharusnya membuat kita menjadi pilu


Mengsukseskannya menjadikan kita sebahagian dari solusi untuk negeri ini


Kerana memang saudara , Harapan Itu Masih Ada..



Hidayat Nur Wahid ~ Ketua MPR Indonesia ~Presiden PKS


Saturday, June 26, 2010

Haa Ana Zaa - Muslim Melayu Malaysia..

jika yang dikatakan sebagai nasionalis itu ialah mereka yang cintakan bangsa maka ketahuilah wahai saudara , bahawa akulah yang paling nasionalis… “

Ya , kerana cinta itu akan ku bawa bangsaku kepada " cahaya "..

sepertimana aku cintakan keluargaku.. tidak sanggup melihat ayahku bergelumang dengan maksiat.. adikku berkelana tanpa matlamat.. abangku akhlaknya teruk berkelumat.. begitu juga perasaanku terhadap bangsaku..

jika Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam berjaya mengangkat merubah bangsa Quraisy daripada kegelapan kepada cahaya dan kemuliaan.. begitu juga harapanku pada bangsaku..

jika Uthman bin Urtughurl berjaya mengangkat bangsa Turki menjadi pemegang khilafah , pembawa risalah suci Islam , pembuka kota , pendakwah dan pemimpin jitu Al-Fateh.. begitu juga harapanku pada bangsaku

ingin sekali ku binalahirkan al-Fateh kedua daripada bangsaku..

bukankah tercatit dalam sejarah bahawa bangsaku dahulunya satu bangsa yang kuat agamanya.. baik akhlaknya.. sopan santun budayanya.. pendakwah berjaya.. penyebaran Islam terbesar.. di bawah Kesultanan Melayu Melaka.. maka mengapa tidak untuk aku mengembalikan kegemilangan itu..

namun..

hari ini bangsaku dikenali sebagai bangsa yang malas , bangsa penakut , bangsa yang senang ditipu , bangsa dijajah.. ditaja2 kisah Pak Pandir , Pak Kaduk , Batu belah Batu bertangkup , dan bermacam2 lagi cerita yang merosakkan lebih daripada membina..

kenapa tidak dikisahkan kisah Tun Perak , Sultan Alauddin , hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Khilafah Uthmaniah , dan berbagai lagi cerita yang ditutup kebenarannya.. matlamatnya ialah supaya umat ini lupa dan merasa hina dengan identiti sendiri lalu meleburkan identiti sebagai seorang Muslim Melayu yang mempunyai I’zzah dan Ghurah terhadap Agama dan Bangsanya…

sedarlah bahawa seribu satu kisah keburukan bangsaku hanya direka kisahnya.. dirobek sejarahnya.. diputar belit oleh si kafir penjajah , tiada tujuan lain selain ingin menanam rasa putus asa.. rasa hina pada identiti sendiri..

kemudian dipujuk dengan teori2 sesat si penjajah bahawa bangsa yang beragama ialah bangsa yang mundur.. kelahiran di sana suara2 sekular , liberal , komunis yang memisahkan bangsaku daripada asal usulnya Islam..

Wa Islamaa.. Wa Islamaa.. Wa Islamaa..

Sebenarnya..

ada di sana seruan memperjuangkan bangsa , namun meletakkan Islam di sudut yang lain jauh daripada pengamalan , sedikit diambil digunapakai.. Aduhai , apalah erti Melayu kalau Islam diketepikan..? angkatlah keris ataupun lembing.. apalah erti alat itu jikalau semangat Jihad di dalam diri dibuang..?

bukankah terbina bangsaku ini di atas Islam.. bukankah pernah gemilang tamadunnya kerana Islam.. mengapa perlu dicari selain Islam.. mengapa perlu dipisahkan..?? teringatku pada kata2 sahabat Rodiallahua’nhu Umar al Khattab;

“ kita adalah bangsa yang dimuliakan Allah dengan Islam dan tidak sekali2 kita dimuliakan daripada selainnya ”..

teringat aku pada kata2 seorang ulamak nusantara;

“kita satu-satunya bangsa yang dianugerahkan Allah dengan identiti seorang Muslim sehingga meletakkan asal usul bangsa itu pada Islam.. jangan dipanggil mereka yang murtad sebagai Melayu walaupun asal kejadiannya Melayu..hilang asasnya (Islam) maka hilanglah identitinya..”

Namun dalam mengorak langkahku.. kedengaran juga suara2 menyentuh hati dengan kata2 yang mengguris.. disamakan serta dimasukkan gerak kerjaku ke dalam perkataan “ASOBIYYAH” dan “RACIST”..??

oh sedihnya mendengar perkataan datangnya dari seorang yg mengaku memperjuangkan Islam.. maka bersangka baik itulah yang terbaik. Ku memanggilnya dengan rasa kasih dan sayang mengingatkannya pada hadis Nabi , mungkin terlupa agaknya..

Sabda nabi sallallahu Alaihi Wassalam:

حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا زياد بن الربيع اليحمدي عن عباد بن كثير الشامي عن امرأة منهم يقال لها فسيلة قالت سمعت أبي يقول سألت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت يا رسول الله أمن العصبية أن يحب الرجل قومه قال لا ولكن من العصبية أن يعين الرجل قومه على الظلم

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ASHOBIYYAH , puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: TIDAK, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

wahai sahabat.. sejak bilakah Islam mengajar meleburkan identiti bangsa kerana agama..? sejak bilakah Islam mengajar untuk memisahkan kesetiaan bangsa dan agama? Bukankah Islam mengajar kebaikan itu diambil keburukan ditolak ? mengapa perlu ditolak kesemuanya hanya kerana kesilapan semalam..? Islam itu sifatnya Universal. Cintailah diri , keluarga , saudara , masyarakat , bangsa , dan negara.. memperjuangkan kesatuan bangsa bukanlah suatu yang zalim kerana kesatuan itu menguntungkan Islam. Akhir kata bangsa yang memegang risalah tidak seharusnya berpecah belah..

Wallahua’lam

Al-Faqir illa Rahman,

Buraidah,

Ulum Islamiah,

Kaherah,

Ardul Kinanah.

Wednesday, June 23, 2010

Kefahaman yang masih dalam kejahilan

indahnya kedudukan agama di zaman awal - gambar hiasan


Ada sebatang pokok yang cantik bentuknya.. di suatu zaman datang seseorang yang memberitahu bahawa pokok ini banyak faedahnya.. lalu bermanfaatlah manusia sekelilingnya..


namun pabila sekurun berlalu.. manusia kembali jahil tentang hakikat pokok itu.. dijadikan kisah mereka bergaduh mengkaji akan perihal daun kecil yg ada padanya..


alangkah ruginya kita mengetahui nilai sebuah agama dari sudut “ sehelai daun kecil ”.. dirasakan sudah memahami agama itu secara mendalam rupanya hanya berpusing-pusing dalam satu bulatan yang sama yg kedudukannya hanya di hujung2..


kerana agama itu bukan untuk didalami “ daun “ nya tetapi hakikat sebenar ia diturunkan sangatlah bernilai seluruhnya…


padahal sudah terbina tamadun kerananya.. sudah terbina syakhsiah gemilang kerananya.. tika mana melihat umat bergaduh kerananya mencari makna siapa lebih “agama” aduhai padahal pernah aman bumi ini seketika kerananya… padahal sudah berpadu bersatu umat atas jalannya..


dilahirkan sumayyah kerana hakikatnya.. sanggup disula kerana tauhid.. walaupun hanya baru mendengar kalimah wahyu itu (Al-Quran) tetapi ternyata dia lebih memahami daripada orang kebanyakan yang hanya menghafal dan terus menghafal termasuk diri ini yang hina..


hari ini..


dijadikan agama itu kehebatan org yg berdebat dan terus berdebat..


dijadikan agama itu alat pilihanraya..


dijadikan agama itu jalan mencari isteri..


dijadikan agama itu tempat berbangga org yg sombong..


oleh itu wahai diriku dan sahabat2 sekalian ingatlah dijadikan baju itu untuk dipakai.. menutup serta melindungi badan dari kesejukan.. bukan untuk digaduhkan perihal benang kainnya hingga terlupa untuk menutup badan masing2.. terbiar dalam kesejukan


dijadikan agama itu menuju Allah tuhan sekalian alam..


lain darinya lain tujuannya..


walllahua’lam


Saturday, June 19, 2010

Assalamualaikum pembuka bicara ,

Maha suci Allah bukan sekadar lafaz tetapi daripada hati . keranaNya ku masih dapat melihat matahari itu keluarnya dari timur . masih boleh mengucapkan kata-kata Istighfar moga permulaan yang baik diakhiri dengan penamat yang terbaik .

Permulaan untuk menulis

Permulaan menulis untuk kepentingan mendatang . bukan datang daripada nafsu moganya , tetapi kesedaran diri sendiri tentang peri pentingnya tulisan kalau bukan Islam itu tersebar melalui tulisan kalau bukan tulisan itu menyerap kepada hati si kafir lalu menjadi Muslim tidak lain dan tidak bukan Al-Quran tulisannya Allah asal usulnya.

Seni

Seni penulisan sangat halus terletak pada terkesannya hati bila membaca .Kerana pembacaan , ada yang gembira , sedih , marah , dan bosan.Ada cara tulisan yang tidak kesampaian matlamatnya jikalau bukan hati tujuannya .

Salah

Salah cara , zalim namanya , meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya , lain yang dituju lain yang terkena . Asalnya untuk bikin gembira tetapi marah jadinya ,asalnya untuk perpaduan tetapi perpecahan natijahnya , begitu juga penulisan , salah cara buruk padahnya .semacam mulut , terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya.

Harapan

Moga tulisanku yang pertama dan setrusnya baik isinya, bermanfaat kepada umat manakala untuk tulisan terakhir dan kedua terakhir , harapanku agar masih di atas jalan ini , tidak ke lain.

Wallahua’lam