Saturday, March 19, 2011
Monday, August 16, 2010
Rahsia Gerhana
Alam ini sememangnya diciptakan sangat unik bentuk kejadiannya , proses pembinaanya saling berkait antara satu sama lain , menjadikan ia satu kenikmatan di sebalik kenikmatan , menjadikan manusia berfungsi sebagai seorang manusia menyelami keindahan alam dengan sendirinya. Namun yang menghayati dan mencari hadaf terbesar di sebalik semua itu pasti merasa indah bila mengetahui kejadiaan alam ini dari sudut tarbawi seorang pendakwah seolah-olah merasakan Allah sentiasa berhubung dengannya dari setiap inci pergerakan kejadian dan peristiwa.
Mari melihat dan kaitkan antara kejadian alam ini dengan gerak kerja seorang pendakwah iaitu Gerhana. Mari tanya diri sejauh mana pemahaman kita tentang hakikat kejadian Gerhana , bagaimana kita melihatnya dari sudut kacamata seorang pendakwah atau Muslim yang berada dalam posisi sedar keadaan umatnya…
Seorang Muslim perlu memahami hakikat gerhana, sebagaimana dia memahami turun naik dakwah mengikut zaman dan tempat
Kegelapan yang datang bersinggah akan pergi jua setelah mendapat sebab untuk pergi yang pasti di sana akan ada cahaya yang menyusul kerana ada sebab untuk dia menyusul.
Maka jiwa seorang pendakwah yang memahami hakikat ini tidak seharusnya berputus asa bahkan dia pasti melipat gandakan tenaga dan mempersiapkan segala persiapan menyambut ketibaan cahaya itu.
Pilihlah antara dua , untuk menjadi burung yang balik menetap di sarang kerana menyangka hari sudah malam atau burung yang terus mencari rezeki ke hulu ke hilir tanpa merasa pelik serta memahami hakikat kegelapan yang sementara , maka tidak akan berhenti meneruskan tanggungjawabnya sebagai seekor burung.
Adapun sikap sambil lewa seorang Muslim dalam memenangkan agamanya dan keazaman seorang Kafir dalam menghancurkan Islam sangat mengecewakan jiwa mana-mana pendakwah..
Pilihlah antara dua.. untuk berlewa-lewa di dalam “sarang” atau bergerak bagai Sang Pahlawan faham tujuan kehidupan jalannya dan Sunnahnya tiada kenal akan perkataan Putus Asa …
Jiwanya tenang, aktivitinya laju menongkah, seolah terbang tinggi di langit realiti, bukan fantasi, yang hanya dilihat awan di depan tidak menghiraukan segala tohmahan, fokusnyanya tidak terkesan, di kala gelap mahupun cerah.
Wallhualam
Buraidah Al Aslami – Ulum Islamiah – Abu A’zaaim – Kaherah - Mesir
Wednesday, August 4, 2010
Kanun Azab untuk Semua
Alammu ini wahai saudara , bila dikaji keserasiannya dengan dirimu kan kau temui kewujudan di sana suatu yang dipanggil Fitrah atau lebih mudah ia dipanggil Sunnatullah..
Ya saudara , kerana Alam ini bukanlah terjadi dengan tiba-tiba dangan sendirinya ia terhasil , tida sama sekali , tetapi ia diatur dirancang disusun supaya mengikut kehendakNya Maha Pencipta yang segala puji hanya layak diberi padaNya.
Dialah tuhan kita ,Tuhan sekalian alam daripada Dialah kita datang dan kepadaNya jugalah kita kembali . Siapalah kita ingin melawan Sunnah ini ? bak kata Ibrahim Ibnu Adham : ”Carilah tanah yang bukan milik Tuhanmu jika ingin melakukan maksiat”
Siang Malam berjalan bagai satu sistem yang bergerak dengan sendiri !! punyai tempoh tertentu untuk menjelma bertahap dalam berubah.
Namun di sana ada satu sunnah yang jarang disebut oleh manusia kebanyakan . Sunnah yang hanya ditemui oleh mereka yang mengkaji , menganalisis , mentafsir daripada peristiwa dunia , sejarah kejadian dan kejatuhan tamadun.
Sunnatullah itu dipanggil :
" قانون العقاب الجماعي في سنة الله الكونية "
Qanun Azab untuk Semua
Bagaimana ia berlaku ? Kenapa Semua ? Kerana apa? Dan berbagai lagi persoalan yang timbul. Sebenarnya Ia adalah satu Qanun yang berat yang ditimpakan ke atas mereka yang berkomplot dengan kemungkaran yang berlaku di muka bumi ini dengan cara “ BISU “ dan “ BERLEPAS TANGAN ”.
Ya , kerana ia adalah qanun yang paling menggerunkan dan menakutkan, mendorong mereka yang tahu dan faham, atau mana-mana yang berkuasa untuk segera mengubah kemungkaran yang sedang berlaku, supaya azab yang demikian tidak menimpa seluruh masyarakat.
Kaedahnya mudah : Diturunkan azab untuk si penjahat di atas KEZALIMAN serta KEJAHATANNYA dan untuk orang baik atas KEBISUANNYA DALAM MENCEGAH
Soalan : mengapa dihukum mereka yang soleh dan tidak berdosa seperti kanak-kanak dan perempuan atau mereka yang tidak dikenakan taklif ?
Ibnu taimiyah dalam menafsirkan ayat :
((واتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة واعلموا أن الله شديد العقاب ))
Beliau meletakkan kezaliman itu bukan pada org jahat semata-mata malahan org soleh juga tidak terlepas pada “kebisuan mereka dalam mencegah kemungkaran” konsep mudah ialah bila kita memahami bahawa yang dimaksudkan dengan kezaliman itu ialah “meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya” maka , meletakkan bisu atau berdiam diri terhadap kemungkaran yang berlaku bukanlah cara dan tempatnya sedangkan dia mampu melakukannya, maka termasuklah mereka ini dalam kelompok yang melakukan kezaliman.Umpama seorang pakcik yang hanya melihat seorang budak dilanggar walaupun dia mampu menyelamatkan budak kecil itu daripada si pemandu kereta yang mabuk.
Umpama masyarakat yg hidup dikelilingi empangan air jika tidak dijaga akan menyebabkan mereka ditenggelamkan di dalam air empangan tersebut ada dari kalangan mereka yg selalu membocorkan empangan dengan perasaan suka2 dan ada dari kalangan mereka yg baik hanya duduk melihat perbuatan itu akhirnya bila empangan itu pecah , yg binasa adalah seluruh masyarakat di dalamnya haha.. mungkin lucu tapi ia hakikat.
Adapun jawapan kepada persoalan kanak-kanak atau perempuan yang tidak ditaklifkan namun menerima azab yang sama , jawapannya kerana hikmah Allah Taala dan bukanlah kita yang mesti mengetahui jawapan kepada segala kejadian walaupun kita sentiasa meraikan hak akal dalam mengkaji , namun tetaplah suatu hikmah itu hanya Allah yang Maha Mengetahui bak cerita Nabi Musa dan Nabi Khaidir tika mana dirosak kapal seorang nelayan miskin , dibunuh seorang budak kecil , dibaiki dinding orang kampung yang zalim.. akhir ceritanya disusuli dengan hikmah-hikmah yang tidak disangka-sangka yang tujuannya adalah untuk menguji kesabaran dan keyakinan hambaNya.
Soalan : Berkata manusia mengapa kami melihat seolah-olah pintu-pintu kenikmatan itu diberi kepada orang zalim dan kafir di sebalik kezaliman mereka yang nyata? Mengapa tidak ditimpakan ke atas mereka azab/musibah seolah-olah kami Muslimin hari ini mengalaminya?
Jawapannya ialah kerana Allah ingin menguji hambanya yang mana lebih bertakwa kerana di sebalik kemewahan dan kekayaan ia merupakan ujian yang sangat nyata bahayanya bagi kaum Muslimin , ingatlah tika Tuhanmu berfirman :
" فلما نسوا ما ذكروا به فتحنا عليهم أبواب كل شيء حتى إذا فرحوا بما أوتوا أخذناهم بغتة فإذا هم مبلسون " الأنعام 44
Ingatlah tika nabimu bersabda :
( إن الله ليملي للظالم فإذا أخذه لم يفلته ثم قرأ : " وكذلك أخذ ربك إذا أخذ القرى وهي ظالمة ، إن أخذه أليم شديد ) هود 102/حديث 207 رياض الصالحين للنووي
Ku menyeru wahai saudara , tiada jalan lain untuk melepaskan diri dari kepungan qanun azab Allah yang menggerunkan itu , kecuali satu laluan sahaja , antaranya:
a. Menyuruh manusia kepada kebaikan (amar makruf)
b. Melarang manusia daripada kemungkaran (nahi mungkar)
c. Menentang manusia yang membuat kejahatan dan kerosakan
d. Melalui jalan dakwah dengan menyeru manusia kepada Islam , memanggil mereka untuk segera mendirikan solat , kembali kepada cara hidup Islam di segenap jurusan hidup mereka , tunduk kepada hukum Allah dan menghukum mengikut syariat Allah.
Akhirnya unjuran amal kita adalah ke arah melahirkan generasi yang memahami bahawa mereka yang sentiasa berada dalam Sunnatullah tidak akan menyesal dan dijanjikan bahagia dipenghujungnya , buktikanlah kepada masyarakat bahawa kehidupan yang indah ialah bila merasai dengan jelas dan yakin kebersamaan Allah dalam kehidupan.
Wallahua’lam
Buraidah Al-Aslami
Ulum Islamiah
Sunday, August 1, 2010
Kebahagiaan Itu Adalah
“Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah,anda hidup untuk pemikiran yang benar dan kukuh
Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan permasalahan alam yang lampau
Persoalan yang di soal oleh orang yang tertanya-tanya semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir
Dari manakah aku datang?Ke manakah aku hendak pergi?Kenapa aku dijadikan?Adakah aku hidup kembali?
Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa terusir segala keraguan yang degil terdidiklah fikiran yang warasterciptalah akhlak yang mulia dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus
Hidupmu akan dikurniakan nilai oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina supaya matamu memandang di segala ufuk ke arah cita-cita yang tinggi
Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat
Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’
Kau tudungi bumimu dengan langit dan para malaikat menjadi saksi
Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia, itulah asas, itulah tiang serinya
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik dengan namanya; dialah orang yang berbahagia
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Wednesday, July 21, 2010
Putus Asa…
Suatu masa kita merasa diri sudah sempurna , di suatu masa kita merasakan diri ini sudah tidak berguna ,tiada harga kerana dosa.lahirlah ia umpama pembunuh jiwa , bahkan bisikan syaitan mempengaruhi jiwa untuk menyalahkan tuhannya.. maka itulah yg dikatakan " putus asa " terhadap rahmat tuhan . Sungguh bahaya sifatnya boleh membuat seseorang memikirkan perkara yang jauh merawang menyebabkan seseorang bagai sampah bergerak tanpa matlamat ia juga bisa merebahkan sekujur tubuh menjadi mayat masakan tidak , jika anda berasa putus asa untuk hidup di dunia ini maka bunuh diri keputusan di atas keputusasaan itu..
Sedarlah wahai saudaraku.. tuhan itu maha pengampun ingatkah dikau perihal kisah pembunuh 100 jiwa diangkat ke syurga kerna kesungguhan dan kejujuran mencari jalan keluar dengan bertaubat..? terbacakah olehmu kisah seorang rahib abeed yang hidupnya penuh dengan beribadat akhirnya terjerumus ke dalam maksiat dan tidak mampu kembali kerna keputusasaan itu lalu bersujud di depan syaitan durjana..
Terbacakah kamu kalam tuhanmu..?
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ"
" Jika hambaku bertanya meminta dariku sudah pasti aku dekat maka akan kukabulkan permintaannya jika ia meminta maka dengan terus aku mengkabulkan doanya semoga mereka diberi petunjuk "
وما كان الله ليعذبهم وأنت فيهم وما كان الله معذبهم وهم يستغفرون
Ayat-ayat kalam Tuhanmu terbentang seolah-olah mengetahui perihal fitrah hati manusia itu yang ada pasang surutnya serta fatrah terjatuh dan tergelincirnya. Namun saudara , mari sejenak menghayati kalam nabimu ini...
قال: "لكل عمل شَرّة ، ولكل شرة فترة ، فمن كانت فترته إلى سنتي فقد أفلح ، ومن كانت إلى غير ذلك فقد هلك"
~ setiap manusia ada masa dan waktu futurnya namun beruntunglah mereka yg waktu futurnya masih dalam jalanKu(sunnah n Quran) dan binasalah mereka yg mencari jalan selainya(maksiat)
Ia menunjukkan jika keyakinan kita terhadap rahmat tuhan itu tinggi akhirnya kita tidak akan sekali-kali berputus asa dalam meminta dan mengharap. kerana ya saudara..
Allah tidak pernah memungkiri janjinya Cuma bayangkan kehidupan seharian kita yang penuh dengan nikmat dalam sedang melakukan dosa , bukankah itu suatu yang tak sanggup dinafikan oleh hati nurani seorang hamba... Bertuah sungguh hambamu ini ya Allah..
tiada kata terucap bila mengetahui kesalahan kita diampunkan dan diberi peluang untuk menebus kesalahan dengan amalan soleh.. apatah lagi bagi mereka yang sudah beribu kali mengulangi kesilapan namun masih berusaha meminta ampun dengan penuh KEJUJURAN lalu mengetahui dosa mereka diampunkan dalam keadaan mereka tidak menyangka begitu sekali rahmat tuhan sang pencipta.. Allah..Allah..Allah….
Sungguh berasa malu hambamu ini ya Allah ingin mengangkat tangan buat beribu kali memohon ampun meminta adakalanya tidak terangkat tangan ini kerana rasa malu yang amat sangat.!!
Apakah perasaan ini yang dirasai para sahabat takkala 2/3 malam bertahajjud menyembahmu..? kurniakanlah kami umatmu akhir zaman kekuatan jiwa seperti rasulmu dalam berjihad mahupun dalam beribadat.. memerah peluh berjihad di siang hari juga mencurahkan air mata di malam hari..
Jauhkanlah kami dari sifat lemah dan rasa putus asa kurniakan kami kekuatan melawan musuh-musuh kami.Kerana kami sedar jalan ini masih jauh dan bermarhalah , tidak sanggup kami berhenti di pertengahan dek keputusasaan itu..
Allahummastaa'n
Al-Faqir ila rabbi
Buraidah Al-Aslami
Ulum Islamiah Sadis Al-Azhar