Wednesday, July 21, 2010


Putus Asa…


Suatu masa kita merasa diri sudah sempurna , di suatu masa kita merasakan diri ini sudah tidak berguna ,tiada harga kerana dosa.lahirlah ia umpama pembunuh jiwa , bahkan bisikan syaitan mempengaruhi jiwa untuk menyalahkan tuhannya.. maka itulah yg dikatakan " putus asa " terhadap rahmat tuhan . Sungguh bahaya sifatnya boleh membuat seseorang memikirkan perkara yang jauh merawang menyebabkan seseorang bagai sampah bergerak tanpa matlamat ia juga bisa merebahkan sekujur tubuh menjadi mayat masakan tidak , jika anda berasa putus asa untuk hidup di dunia ini maka bunuh diri keputusan di atas keputusasaan itu..


Sedarlah wahai saudaraku.. tuhan itu maha pengampun ingatkah dikau perihal kisah pembunuh 100 jiwa diangkat ke syurga kerna kesungguhan dan kejujuran mencari jalan keluar dengan bertaubat..? terbacakah olehmu kisah seorang rahib abeed yang hidupnya penuh dengan beribadat akhirnya terjerumus ke dalam maksiat dan tidak mampu kembali kerna keputusasaan itu lalu bersujud di depan syaitan durjana..


Terbacakah kamu kalam tuhanmu..?


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ"


" Jika hambaku bertanya meminta dariku sudah pasti aku dekat maka akan kukabulkan permintaannya jika ia meminta maka dengan terus aku mengkabulkan doanya semoga mereka diberi petunjuk "


وما كان الله ليعذبهم وأنت فيهم وما كان الله معذبهم وهم يستغفرون


Ayat-ayat kalam Tuhanmu terbentang seolah-olah mengetahui perihal fitrah hati manusia itu yang ada pasang surutnya serta fatrah terjatuh dan tergelincirnya. Namun saudara , mari sejenak menghayati kalam nabimu ini...


قال: "لكل عمل شَرّة ، ولكل شرة فترة ، فمن كانت فترته إلى سنتي فقد أفلح ، ومن كانت إلى غير ‏ذلك فقد هلك"


~ setiap manusia ada masa dan waktu futurnya namun beruntunglah mereka yg waktu futurnya masih dalam jalanKu(sunnah n Quran) dan binasalah mereka yg mencari jalan selainya(maksiat)


Ia menunjukkan jika keyakinan kita terhadap rahmat tuhan itu tinggi akhirnya kita tidak akan sekali-kali berputus asa dalam meminta dan mengharap. kerana ya saudara..


Allah tidak pernah memungkiri janjinya Cuma bayangkan kehidupan seharian kita yang penuh dengan nikmat dalam sedang melakukan dosa , bukankah itu suatu yang tak sanggup dinafikan oleh hati nurani seorang hamba... Bertuah sungguh hambamu ini ya Allah..


tiada kata terucap bila mengetahui kesalahan kita diampunkan dan diberi peluang untuk menebus kesalahan dengan amalan soleh.. apatah lagi bagi mereka yang sudah beribu kali mengulangi kesilapan namun masih berusaha meminta ampun dengan penuh KEJUJURAN lalu mengetahui dosa mereka diampunkan dalam keadaan mereka tidak menyangka begitu sekali rahmat tuhan sang pencipta.. Allah..Allah..Allah….


Sungguh berasa malu hambamu ini ya Allah ingin mengangkat tangan buat beribu kali memohon ampun meminta adakalanya tidak terangkat tangan ini kerana rasa malu yang amat sangat.!!


Apakah perasaan ini yang dirasai para sahabat takkala 2/3 malam bertahajjud menyembahmu..? kurniakanlah kami umatmu akhir zaman kekuatan jiwa seperti rasulmu dalam berjihad mahupun dalam beribadat.. memerah peluh berjihad di siang hari juga mencurahkan air mata di malam hari..


Jauhkanlah kami dari sifat lemah dan rasa putus asa kurniakan kami kekuatan melawan musuh-musuh kami.Kerana kami sedar jalan ini masih jauh dan bermarhalah , tidak sanggup kami berhenti di pertengahan dek keputusasaan itu..


Allahummastaa'n


Al-Faqir ila rabbi


Buraidah Al-Aslami


Ulum Islamiah Sadis Al-Azhar

Saturday, July 17, 2010




Khabbab bin Arat (Seksaan yang membina)


Bismillah.. dengan nama Allah yang Maha Penyayang menyayangi hambanya yang benar2 ikhlas dalam berjuang tidak kendur dan gentar bila diuji dgn seribu macam dugaan dan ujian tetap teguh menyatakan kecintaan kebenaran tak lain keranaNya.


Nun sana di Jazirah Arab kedengaran seorang penjual hamba sedang melaung-laung menarik perhatian seorang perempuan bernama Ummu Anmar yang sedang berjalan mencari sesuatu agaknya , kelihatan di situ susuk tubuh kecil sedang menunggu giliran dijual oleh si penjual.kerana susuk tubuh itulah Ummu Anmar mengeluarkan segugus uncang duitnya membeli si kecil itu.. tahukah anda siapa dia...?


Maka biar saya perkenalkan kepada anda bahawa dia Khabbab bin Arat asalnya dari Najjad sebuah tempat di Jazirah Arab


Bekerja sebagai pembuat pedang dan pisau , terkenal di kalangan Quraisy sebagai pembuat pedang yang tajam dan mahir , dihadiahkan sebuah tempat oleh Ummu Anmar kepadanya menjalankan perniagaan pedang dan alatan besi yang lain . Beliau disayangi Ummu Anmar seumpama anak kandung sendiri kerana beliau mendatangkan keuntungan melalui perniagaan pedang.


Namun ketika keislamannya bergegar satu bumi mekah dengan mulut-mulut pembesar memberitakan khabarnya. Terkejut tidak terkira Tuannya itu Ummu Anmar lantas memanggil adiknya Siba’ bin Abdil Uzza bersamanya kaumnya beramai2 pergi ke Khabbab mengugut untuk melakukan sesuatu namun demi kebenaran Khabbab berseorangan menghadapinya tidak takut sama sekali. Diseksanya dengan seksaan yg dasyat dicopkan dahinya dengan besi panas padahal ia digunakan untuk keldai . kemudian beliau dipanggang di atas bara api hakikat kisahnya tidak dinafikan.ketika hijrah beliau bertekad tidak mahu berhijrah selagi Ummu Anmar tidak menerima balasan atas perbuatannya terhadap Khabbab.Maka diceritakan bahawa suatu ketika Ummu Anmar jatuh sakit yang amat sangat dirasai kepedihan di kepala dibawakan kepada tobib tetap sama cara perubatannya iaitu dicopkan kepalanya dengan besi panas supaya kesakitan itu hilang.


Diceritakan beliau mengadu kepada rasul tentang seksaan yang dialami , namun rasul menegaskan bahawa jalan dakwah ini sangat panjang serta melarang sahabat bergopoh gapah meharap hasil yang segera.Pengorbanan Khabbab kepada agamanya sudah dibuktikan dengan parut kehilangan lemak dan danging katanya ketika diminta Umar menceritakan perihal parut yang ada di badannya.. katanya” tidaklah api itu terpadam melainkan ia disebabkan tumpahan daging lemakku..”


Oleh itu wahai pendakwah ma’ani tabawi sungguh mahal di sebalik cerita ini.. adapun yang mahu dan ingin menjadi sepertinya , sedarlah ia sangat memerlukan kepada kejujuran dan keikhlasan memerlukan juga kepada ketabahan dan semangat yg asli bukan palsu , bersihkan diri dari perkara nafsu kerana ia merosakkan diri lazimkan pengorbanan dalam harimu nescaya ia membina.


Untuk diri ini yang hina,doakan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini semoga ketemu dengan hujung yang baik hayatnya.Kerana Allah jatuh dan bangunnya tidak pernah berputus asa mencari redhanya...


Wallahua’lam

Tuesday, July 6, 2010

Hakikat Sebuah Pembinaan


Sufi Bahtah Jundi Bahtah


Seringkali kita mendengar ayat2 tarbiyyah berkumandang memanggil ke arah pembinaan syahksiah susuk tubuh muslim yang sempurna berkualiti. Sememangnya mudah disebut susah dipraktik.


Ya saudara , ia memerlukan ketekunan dalam setiap tindakan.Hak itqan diperlukan , kerana yang ingin dibina bukan sembarangan binaan malah binaan yang mampu menggoncang dunia serta mampu membina tamadun gemilang.


3 sudut yang perlu diperkaya potensinya dibina kemampuannya serta dibersihkan daripada sebarang kekotoran iaitu akal , hati dan jasad.Tetapi hati sebagai pusat utama harus diberi penekanan.


Umpama membuat kuih atau kek anda perlu membancuh tepung jgn terlalu kuat dan jgn terlalu lambat kemudian dicampur dgn bahan2 yang telah ditetapkan sebagaimana anda melihat kuih lain menjadi kuih maka jalan atau cara membuatnya telah diketahui lain caranya lainlah hasilnya.. caranya rumit namun jika anda mengikut sunnah kejadiannya tidak mustahil ia berhasil.Maka daripada menepung kemudian menguli kemudian membakar dan di setiap marhalah ada sukatannya kuantitinya dan alatnya.


Lain cara , kuih anda mungkin akan hangus atau lembik.Kuih yang bagus ialah kuih yang telah mengikut marhalahnya dgn tepat dan baik...


Namun...


Acuan yg baik dan tukang masak yg cekap tidak menjamin kesempurnaan kuih tersebut kerana kualiti hasilnya terletak pada tangan sang pencipta berkuasa menjadikan hasil itu hangus walaupun sudah mengikut kuantiti suhu yang ditetapkan.. bacalah kisah Nabi Nuh Alaihi salam.. tentu anda akan memahami..


Mahu atau tidak anda mesti mengikutnya kerana tiada jalan lain selain tarbiyyah yang memerlukan ketelitian dalam setiap gerakan kerana menghasilkan generasi sahabat bukan sedikit kesusahan yang ditempuh rasul dan tidak sewenang-wenang melakukan sesuatu tanpa mengetahui hasil atau kesannya maka sirah baginda umpama buku resepi panduan dalam menghasilkan sebuah generasi yang baik sudut ruhinya dan kuat sudut jasmaninya serta tajam akalnya..


Bacalah sirahnya ambillah pengajarannya jika anda ingin menghasilkan semula generasi harapan , generasi sahabat...

wallahua'lam