Wednesday, August 4, 2010





Kanun Azab untuk Semua



Alammu ini wahai saudara , bila dikaji keserasiannya dengan dirimu kan kau temui kewujudan di sana suatu yang dipanggil Fitrah atau lebih mudah ia dipanggil Sunnatullah..


Ya saudara , kerana Alam ini bukanlah terjadi dengan tiba-tiba dangan sendirinya ia terhasil , tida sama sekali , tetapi ia diatur dirancang disusun supaya mengikut kehendakNya Maha Pencipta yang segala puji hanya layak diberi padaNya.


Dialah tuhan kita ,Tuhan sekalian alam daripada Dialah kita datang dan kepadaNya jugalah kita kembali . Siapalah kita ingin melawan Sunnah ini ? bak kata Ibrahim Ibnu Adham : ”Carilah tanah yang bukan milik Tuhanmu jika ingin melakukan maksiat”


Siang Malam berjalan bagai satu sistem yang bergerak dengan sendiri !! punyai tempoh tertentu untuk menjelma bertahap dalam berubah.


Namun di sana ada satu sunnah yang jarang disebut oleh manusia kebanyakan . Sunnah yang hanya ditemui oleh mereka yang mengkaji , menganalisis , mentafsir daripada peristiwa dunia , sejarah kejadian dan kejatuhan tamadun.


Sunnatullah itu dipanggil :


" قانون العقاب الجماعي في سنة الله الكونية "


Qanun Azab untuk Semua


Bagaimana ia berlaku ? Kenapa Semua ? Kerana apa? Dan berbagai lagi persoalan yang timbul. Sebenarnya Ia adalah satu Qanun yang berat yang ditimpakan ke atas mereka yang berkomplot dengan kemungkaran yang berlaku di muka bumi ini dengan cara “ BISU “ dan “ BERLEPAS TANGAN ”.



Ya , kerana ia adalah qanun yang paling menggerunkan dan menakutkan, mendorong mereka yang tahu dan faham, atau mana-mana yang berkuasa untuk segera mengubah kemungkaran yang sedang berlaku, supaya azab yang demikian tidak menimpa seluruh masyarakat.



Kaedahnya mudah : Diturunkan azab untuk si penjahat di atas KEZALIMAN serta KEJAHATANNYA dan untuk orang baik atas KEBISUANNYA DALAM MENCEGAH



Soalan : mengapa dihukum mereka yang soleh dan tidak berdosa seperti kanak-kanak dan perempuan atau mereka yang tidak dikenakan taklif ?



Ibnu taimiyah dalam menafsirkan ayat :



((واتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة واعلموا أن الله شديد العقاب ))



Beliau meletakkan kezaliman itu bukan pada org jahat semata-mata malahan org soleh juga tidak terlepas pada “kebisuan mereka dalam mencegah kemungkaran” konsep mudah ialah bila kita memahami bahawa yang dimaksudkan dengan kezaliman itu ialah “meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya” maka , meletakkan bisu atau berdiam diri terhadap kemungkaran yang berlaku bukanlah cara dan tempatnya sedangkan dia mampu melakukannya, maka termasuklah mereka ini dalam kelompok yang melakukan kezaliman.Umpama seorang pakcik yang hanya melihat seorang budak dilanggar walaupun dia mampu menyelamatkan budak kecil itu daripada si pemandu kereta yang mabuk.



Umpama masyarakat yg hidup dikelilingi empangan air jika tidak dijaga akan menyebabkan mereka ditenggelamkan di dalam air empangan tersebut ada dari kalangan mereka yg selalu membocorkan empangan dengan perasaan suka2 dan ada dari kalangan mereka yg baik hanya duduk melihat perbuatan itu akhirnya bila empangan itu pecah , yg binasa adalah seluruh masyarakat di dalamnya haha.. mungkin lucu tapi ia hakikat.



Adapun jawapan kepada persoalan kanak-kanak atau perempuan yang tidak ditaklifkan namun menerima azab yang sama , jawapannya kerana hikmah Allah Taala dan bukanlah kita yang mesti mengetahui jawapan kepada segala kejadian walaupun kita sentiasa meraikan hak akal dalam mengkaji , namun tetaplah suatu hikmah itu hanya Allah yang Maha Mengetahui bak cerita Nabi Musa dan Nabi Khaidir tika mana dirosak kapal seorang nelayan miskin , dibunuh seorang budak kecil , dibaiki dinding orang kampung yang zalim.. akhir ceritanya disusuli dengan hikmah-hikmah yang tidak disangka-sangka yang tujuannya adalah untuk menguji kesabaran dan keyakinan hambaNya.



Soalan : Berkata manusia mengapa kami melihat seolah-olah pintu-pintu kenikmatan itu diberi kepada orang zalim dan kafir di sebalik kezaliman mereka yang nyata? Mengapa tidak ditimpakan ke atas mereka azab/musibah seolah-olah kami Muslimin hari ini mengalaminya?



Jawapannya ialah kerana Allah ingin menguji hambanya yang mana lebih bertakwa kerana di sebalik kemewahan dan kekayaan ia merupakan ujian yang sangat nyata bahayanya bagi kaum Muslimin , ingatlah tika Tuhanmu berfirman :



" فلما نسوا ما ذكروا به فتحنا عليهم أبواب كل شيء حتى إذا فرحوا بما أوتوا أخذناهم بغتة فإذا هم مبلسون " الأنعام 44



Ingatlah tika nabimu bersabda :



( إن الله ليملي للظالم فإذا أخذه لم يفلته ثم قرأ : " وكذلك أخذ ربك إذا أخذ القرى وهي ظالمة ، إن أخذه أليم شديد ) هود 102/حديث 207 رياض الصالحين للنووي




Ku menyeru wahai saudara , tiada jalan lain untuk melepaskan diri dari kepungan qanun azab Allah yang menggerunkan itu , kecuali satu laluan sahaja , antaranya:


a. Menyuruh manusia kepada kebaikan (amar makruf)


b. Melarang manusia daripada kemungkaran (nahi mungkar)


c. Menentang manusia yang membuat kejahatan dan kerosakan


d. Melalui jalan dakwah dengan menyeru manusia kepada Islam , memanggil mereka untuk segera mendirikan solat , kembali kepada cara hidup Islam di segenap jurusan hidup mereka , tunduk kepada hukum Allah dan menghukum mengikut syariat Allah.



Akhirnya unjuran amal kita adalah ke arah melahirkan generasi yang memahami bahawa mereka yang sentiasa berada dalam Sunnatullah tidak akan menyesal dan dijanjikan bahagia dipenghujungnya , buktikanlah kepada masyarakat bahawa kehidupan yang indah ialah bila merasai dengan jelas dan yakin kebersamaan Allah dalam kehidupan.


Wallahua’lam



Buraidah Al-Aslami


Ulum Islamiah

Kaherah , Mesir

No comments: