Saturday, March 19, 2011

Kenikmatan itu, tika kehilangan

Sifat sebuah barang bermula dengan nilai dan kuantitinya. Semakin sedikit ia wujud, semakin mahal nilainya. Falsafah bola sepak boleh dijadikan contoh dengan bentuk permainan antara sebiji bola dan dua puluh dua manusia, yang direbutkan hanya satu, yang berebut ramai.

Begitu jua kehidupan seorang manusia, mencari apa yang tiada, yang masih tidak dimiliki, dan yang masih tidak kelihatan, namun di akhirnya terlupa apa yang telah pun ada dan dimilikinya.
disinilah bermulanya simpulan "kenikmatan sesuatu itu (difahami), ketika kehilangannya". 

Benar ! 
Ia di mana sahaja, mulakan penghayatan daripada tubuh badanmu, pendengaran, penglihatan, dan kemampuan tubuh badanmu, nescaya kau tiada dapat merasai nikmatnya kecuali ketika kehilangannya.

Benar !
Ia agamaku Islam, ia bangsaku Melayu, ia negaraku Malaysia, perasaan bahawa ia suatu nikmat adalah fitrah kejadian bagi setiap manusia patut disyukuri bukan dikhianati, jangan dihilangkannya dari hati naluri, kerana di sanalah tertegaknya jatidiri seorang pejuang, bergerak dalam setiap kejelasan, menongkah dalam keimanan, hargailah dan bajailah dengan mutiara iman dan Islam, kerana itulah sebaik-baik pegangan dan asas kenikmatan.

Jangan !
jangan biarkan ia tergadai atas kejahilan, semangat palsu dan kebodohan, kerana harganya kau kan ketahui selepas kehilangan..

wallahua'lam
Buraidah Al-aslami 
Ulum Islamiah Al-Azhar
Kaherah, Mesir

No comments: