Wednesday, June 23, 2010

Kefahaman yang masih dalam kejahilan

indahnya kedudukan agama di zaman awal - gambar hiasan


Ada sebatang pokok yang cantik bentuknya.. di suatu zaman datang seseorang yang memberitahu bahawa pokok ini banyak faedahnya.. lalu bermanfaatlah manusia sekelilingnya..


namun pabila sekurun berlalu.. manusia kembali jahil tentang hakikat pokok itu.. dijadikan kisah mereka bergaduh mengkaji akan perihal daun kecil yg ada padanya..


alangkah ruginya kita mengetahui nilai sebuah agama dari sudut “ sehelai daun kecil ”.. dirasakan sudah memahami agama itu secara mendalam rupanya hanya berpusing-pusing dalam satu bulatan yang sama yg kedudukannya hanya di hujung2..


kerana agama itu bukan untuk didalami “ daun “ nya tetapi hakikat sebenar ia diturunkan sangatlah bernilai seluruhnya…


padahal sudah terbina tamadun kerananya.. sudah terbina syakhsiah gemilang kerananya.. tika mana melihat umat bergaduh kerananya mencari makna siapa lebih “agama” aduhai padahal pernah aman bumi ini seketika kerananya… padahal sudah berpadu bersatu umat atas jalannya..


dilahirkan sumayyah kerana hakikatnya.. sanggup disula kerana tauhid.. walaupun hanya baru mendengar kalimah wahyu itu (Al-Quran) tetapi ternyata dia lebih memahami daripada orang kebanyakan yang hanya menghafal dan terus menghafal termasuk diri ini yang hina..


hari ini..


dijadikan agama itu kehebatan org yg berdebat dan terus berdebat..


dijadikan agama itu alat pilihanraya..


dijadikan agama itu jalan mencari isteri..


dijadikan agama itu tempat berbangga org yg sombong..


oleh itu wahai diriku dan sahabat2 sekalian ingatlah dijadikan baju itu untuk dipakai.. menutup serta melindungi badan dari kesejukan.. bukan untuk digaduhkan perihal benang kainnya hingga terlupa untuk menutup badan masing2.. terbiar dalam kesejukan


dijadikan agama itu menuju Allah tuhan sekalian alam..


lain darinya lain tujuannya..


walllahua’lam


No comments: